RUMAH LAWAN KUDA
RUMAH LAWAN KUDA :}
BAGAS ZAKARIA , PERAK
Rumah Lawan Kuda
dibina pada tahun 2019 di Bagas Zakariah, Gopeng, Perak iaitu
PENGHARGAAN
sebuah
lokasi Kampung Stay yang menyajikan
pengalaman seperti berada di dalam sebuah kampung lengkap dengan ciri-ciri
tradisional dan turut diberikan sentuhan moden.
Terdapat tiga jenis buah rumah di tapak
Bagas Zakariah iaitu Rumah Kuning, Rumah Lenggong dan Rumah Lawan Kuda yang
dibangunkan pada tahun yang berbeza dengan sejarah yang berbeza. Pemilik rumah
asalnya ialah seorang usahawan yang amat dikenali di Gopeng pada masa dahulu
iaitu Encik Zakariah bin Malim Sulaiman.
Menurut
keluarga pemilik Bagas Zakariah iaitu generasi cucu kepada Encik Zakariah, AR Azmin bin Abdul Aziz, katanya
Allahyarham Zakariah sebelum ini berhijrah daripada Sumatera, Indonesia ke
Kuala Lumpur pada sekitar tahun 1890-an ke awal tahun 1920. Pada tahun 1920
berkenaan, Encik Zakariah
kemudian berpindah ke Gopeng di Kampung Lawan Kuda. Pada masa beliau berhijrah dari Sumatera, mereka
berhijrah bersama lima orang beradik, katanya.
AR Azmin berkata,
pada awalnya, Encik Zakariah mencari
rezeki dengan menghantar air perigi dari rumah ke rumah sesiapa yang memerlukan, menggunakan kandar dan kemudian
melakukan pelbagai pekerjaan termasuk berniaga. Sedikit sebanyak, beliau
mula membeli tanah. Jika ada yang mahu menjual tanah maka beliau pun membeli
dan juga beliau seorang yang berjimat.
“Kebetulan ketika beliau sudah ada tanah,
ketika itu harga getah melambung
naik di negara ini, beliau
kemudian menceburkan diri dalam bidang
penanaman getah dan di situ perniagaannya
mencapai zaman kegemilangan,” katanya.
Begitulah ceritanya Allahyarham Zakariah
membeli tanah tapak Bagas Zakariah seluas lima ekar yang pada ketika itu,
ditanam dengan getah.
FULL PDF : https://drive.google.com/file/d/1AdeeOMucJSqfF28lTzAtKlbMnMc9gAG7/view?usp=sharing
Comments
Post a Comment